Assalamaulaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung budiman. Syabas...anda kini berada di laman web Qurban online iaitu sebuah portal yang penuh informasi dan perkhidmatan untuk anda melakukan ibadat qurban dimana sahaja anda berada.Portal ini diwujudkan untuk kemudahan anda, seluruh umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Tak kira dimana sahaja anda berada, teruskan urusan seharian anda sambil beribadah kepada Allah SWT. Dengan adanya korban online ini, anda hanya perlu menyatakan hajat melalui sistem tempahan secara online yang kami sediakan.Pemilihan Gred dan Hargahaiwan ternakan yang disediakan samada sebahagian atau seekor penuh. Anda juga boleh memilih samada untuk mengambil sendiri atau menyerahkan daging-daging qurban tersebut kepada Madrasah atau pun Rumah Anak-Anak Yatim yang terpilih. Biar kami yang melaksanakan Ibadat Qurban untuk anda dari mula hinggalah selesai. Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan membuat tempahan secara ONline dan lakukan Pembayaran. Senang dan Mudah Sekali Bukan di Zaman ini. Segera lakukan Kebaikan selagi masih ada Kesempatan dan Kemampuan. Jangan bertanguh lagi! Sila Klik di sini untuk tempahan. Ikhlas Dari
------------------------------------------------ Definisi Korban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil tentang ibadah Qurban
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36) Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hukum Ibadah QurbanHukumnya Sunnat Muakkad(Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal
4- Mampu untuk berqurban
Fadhilat/Kelebihan Ibadah Qurban
2- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
4- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
6- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
7- Syarat untuk melakukan Ibadah Qurban secara jamaah (beramai2).
Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
Persoalan tentang Ibadah Qurban.
Adakah daging qurban yang kita buat untuk si mati contohnya bapa yg telah meninggal, kena disedekahkan kesemuanya atau boleh diambil sebahagiannya?
Berqurban atas nama orang lain menurut mazhab Syafi'i mengatakan tidak sah tanpa keizinan orang tersebut, demikian atas nama orang yang telah meninggal tidak sah bila tanpa dasar wasiat. Ulama Maliki mengatakan makruh berqurban atas nama orang lain. Ulama Hanafi dan Hanbali mengatakan sah saja. “Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan” - [Hadith riwayat al-Bukhaari].Pada dasarnya, 1/3 simpan, 1/3 makan dan 1/3 sedekah.
Bolehkan daging Qurban dijual?
Haram hukumnya menjual daging Qurban, ia hendaklah disedekahkan! Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Siapakah yang layak menerima daging korban?
Orang yang bekorban berhak mendapatkan 1/3 dari daging korbannya, Fakir Miskin dan orang - orang Islam yang lain.